(video) “Tangan x salah, yang salah mulut” Gigih Suap Nasi Pakai Tangan, Gelagat Sekumpulan Mat Salleh Cuit Hati Ramai

(video) “Tangan x salah, yang salah mulut” Gigih Suap Nasi Pakai Tangan, Gelagat Sekumpulan Mat Salleh Cuit Hati Ramai

Seperti yang semua sedia tahu, masyarakat Melayu di Malaysia rata-ratanya memang gemar makan menggunakan tangan.

Bukan setakat sudah diajar sejak kecil, tetapi bagi sesetengah individu, makan menggunakan tangan lebih nikmat berbanding sudu dan garfu.

Namun, budaya berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari buat kaum bukan Melayu. Lagi-lagi orang putih dari luar negara.

Ini kerana budaya mat saleh yang sering makan menggunakan set kutleri. Jadi, tak hairanlah kalau mereka mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di sini.

Persis momen yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok Wan Aja, memaparkan sekumpulan pelancong berkulit putih sedaya upaya makan dengan tangan.

Bagaimanapun, gelagat mereka mencuit hati ramai! Menerusi video yang dikongsikan, mereka semua telah berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati nasi bungkus.

Disebabkan mereka ditemani oleh orang Melayu kita, mereka diajar untuk jamah menggunakan tangan. Pelbagai gaya tangan yang keluar sementara menyuap makanan ke dalam mulut.

Tak dapat dinafikan, memang hampir kesemua mat saleh berkenaan kelihatan kekok.

Yang lebih kelakar, salah seorang daripada mereka menyedut nasi sehingga tertumpah-tumpah walaupun sudah banyak kali ditunjukkan ‘tutorial‘ oleh rakan mat saleh yang lain.

Pun begitu, usahanya dalam mendekati budaya orang Malaysia harus dipuji meskipun gagal berkali-kali.

Mungkin hanya tinggal dia sahaja lagi yang tidak pandai makan tangan sehinggakan ramai kawan-kawannya yang membantunya.

Sejak video kejadian yang berlaku di Terengganu ini dimuat naik, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 1.2 juta serta meraih 115.6 ribu likes!

Lihat video

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat kegigihan sekumpulan mat saleh yang cuba belajar makan menggunakan tangan.

Malah, netizen sempat berseloroh mengatakan tidak usah mengangkat siku terlalu tinggi kerana takut-takut tersiku orang sebelah.

Antara komen daripada netizen di TikTok

“mcm payah beno jer..tp muncung x menahan🤣🤣”

“tak yah lah angkat tinggi sangat..takut tersiku kawan sebelah tu😂”

“die p sedut nasi tu😅”

“😂😂😂 Suruh dimakan nasi tu bukan dicomolotkan nasi nya 🤣🤣🤣”

Sumber: yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*