
(video) “Cepat sapu! kang aku jalan terpijak, berdarah..kau nak tanggung ke?” Lagak Kucing Garang Macam Boss Ini Raih Perhatian Ramai
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat comel dan disukai ramai.
Gelagat mereka yang melucukan juga sering menjadi sumber tawa buat pencinta si bulus. Oleh sebab itu, ramai yang suka memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan.
Sebuah video di media sosial berkenaan seekor kucing yang berlagak seperti boss telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video
Kucing tak salah, pinggan itu yang salah sebab pecah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cthajarsd di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seseorang sedang membersihkan serpihan pinggan yang pecah.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila pemilik video tiba-tiba menunjukkan seekor kucing yang sedang memerhati gerak langkahnya. Pemilik video turut sempat berkata, “Macam ni lah hidup menumpang”.
“Elok-elok kak, cari makan kat tempat orang memang macam ini” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.
Antara komen daripada netizen di TikTok:
Semoga terus tabah ya kak dapat majikan garang macam tu :’)
Sumber: says
Leave a Reply