(video) “Bahagia itu sederhana” Sambut Hari Jadi Dengan Pemetik Api, Reaksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Sebak

(video) “Bahagia itu sederhana” Sambut Hari Jadi Dengan Pemetik Api, Reaksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Sebak

Antara hari yang sering ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak pada setiap tahun adalah hari jadi. Ibu bapa kebiasaannya akan menyambut hari jadi anak mereka dengan kek beserta hadiah hari jadi.

Namun lain pula ceritanya buat seorang kanak-kanak di Indonesia yang menyambut hari jadinya dengan api daripada pemetik api. Kisah ini dikongsikan menerusi sebuah video yang tular di negara jiran.

Menerusi video tersebut, seorang individu yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu menyalakan pemetik api lalu menghulurkan kepada anaknya. Kanak-kanak tersebut lalu menyanyikan lagu hari jadi sambil bertepuk tangan dengan penuh kegembiraan.

Usai meniup api pada pemetik api, kanak-kanak perempuan tersebut tersenyum malu lalu menepuk tangan kepada bapanya sebagai tanda terima kasih. Meskipun dia hanya menyambut hari jadi dengan pemetik api, kanak-kanak tersebut terlihat gembira di samping bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makassar Info (@makasar_info)

Video ini ternyata tular di media negara jiran sehingga mendapat perhatian ramai warganet. Rata-ratanya meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat video kanak-kanak perempuan ini yang menghargai usaha bapanya itu.

“Anak cantik. Semoga panjang umur,sihat, jadi anak yang baik dan insya Allah kedepan kamu akan menjadi anak yang bisa membanggakan kedua orang tuamu Aamiin”, tulis seorang individu di ruangan komen.

“Bahagia itu tidak semestinya dengan mewah-mewah”, komen seorang individu.

Ada juga yang memuji usaha bapa kanak-kanak itu yang masih menyambut ulang tahun kelahiran anaknya meskipun tanpa kek dan hadiah seperti kebiasaan. Salute buat keluarga ini!

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*