
(video) “Nanti papa tidur nanti mama, Sha dengan abang, angkat ambil kereta tu buang dalam tong sampah” Anak ‘Segan’ Naik Kereta ‘Usang’, Sanggup Menyorok Dekat ‘Seat’ Belakang
Di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan menarik perhatian netizen apabila dia meluahkan rasa malu kerana terpaksa menaiki kereta lama jenis Proton Iswara sehingga sanggup menyorok di bahagian tempat duduk belakang.
Mar4h kena naik kereta lama
Menerusi video yang dimuat naik oleh si ibu dikenali sebagai Shafina Nabilah itu, kedengaran anaknya mengatakan bahawa dia ingin membuang kereta terbabit ke dalam tong sampah ketika bapanya sedang tidur.
Lihat video
Ha buang tong sampah yang tu (kereta). Nanti papa tidur nanti mama, Sha dengan abang, mama angkat ambil kereta tu buang dalam tong sampah.
Di video yang lain, kelihatan kanak-kanak perempuan itu menyorok di bahagian tempat duduk belakang pemandu.
Lihat video
Apabila ditanya, si anak mengatakan bahawa dia malu kerana menaiki kereta yang sudah lama itu.
Sha malu dengan kereta ini.
Respon netizen
Sumber: shafina.nabilah via ohbulan
Leave a Reply