“kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” Jasmine Suraya Akui Rasa Detik Indah Ikuti Kelas Tahfiz

“kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” Jasmine Suraya Akui Rasa Detik Indah Ikuti Kelas Tahfiz

Sebelum ini, kehadiran pelakon, berketurunan Cina, Jasmine Suraya Chin di majlis anjuran rakan selebriti iaitu Neelofa mendapat perhatian ramai.

Malah, aktres berusia 33 tahun itu berkata, dia hadir ke majlis berkenaan bagi mengikuti kelas tahfiz.

“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,”ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmine mengaku dia suka hadir ke kelas tahfiz dan sejujurnya merasakan ia adalah perjalanan indah dalam kehidupannya.

“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,”akui Jasmine.

Pemilik nama Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata, sekiranya dia diberi pilihan antara kerjaya dan agama, dirinya lebih mementingkan ajaran agama.

“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.

“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,”jelasnya lagi.

Disoal lanjut, Jasmine mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sahaja memandangkan ia adalah bersifat peribadi. Namun mengharapkan bimbingan daripada rakan-rakan.

“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Sementara itu, Jasmine mendedahkan dia lebih mengambil pendekatan untuk memberi fokus kepada perkara lebih penting dalam hidupnya berbanding g0sip hang4t melibatkan dirinya di media sosial.

Bagaimananapun, Jasmine yang juga pelakon berketurunan Cina turut mengakui kadangkala komen yang ditinggalkan oleh netizen sangatlah keterl4luan.

Terdahulu, pelakon drama Hil4ng mengatakan dia hadir secara senyap-senyap ke program agama kerana tertarik untuk mengetahui tentang Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Sumber: Media Hiburan via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*