(video) Tahniah!! Dengan Sekali Lafaz, Dai Syed Sah Bergelar Suami Kepada Hana Ismail

(video) Tahniah!! Dengan Sekali Lafaz, Dai Syed Sah Bergelar Suami Kepada Hana Ismail

Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bergelar suami kepada pesonaliti televisyen Alhijrah, Hana Ismail di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua pasangan selebriti itu diijabkabulkan oleh bapa pegantin perempuan, Ismail Dahwan dengan mas kahwinnya seutas gelang emas dengan sekali lafaz.

Sebelum ini, habar mengenai pertunangan mereka telah dikongsikan pelakon, Datin Umie Aida di Instagramnya dan dihujani dengan ucapan tahniah serta doa supaya urusan mereka dipermudahkan.

Namun begitu, jelas Syed, majlis merisik dan pertunangan tersebut sebenarnya dilakukan pada 23 Oktober tempoh hari namun baru sekarang mereka bersedia untuk memaklumkan kepada umum memandangkan majlis pernikahan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, khabar angin berkenaan hubungannya dengan Hana seakan dihidu apabila ada pertemuan dua buah keluarga sebelum ini. Pun begitu, dia hanya mengatakan ia sekadar pertemuan keluarga bagi mengenali Hana dengan lebih rapat.

Sumber: YouTube @Dai Syed via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*