“Saya tak cakap pun nak bernikah,” Kecoh Dikatakan Bakal Tamatkan Zaman ‘Solo’, Ogy Akhirnya Cerita Perkara Sebenar

Saya tak cakap pun nak bernikah,” Kecoh Dikatakan Bakal Tamatkan Zaman ‘Solo’, Ogy Akhirnya Cerita Perkara Sebenar

Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau dikenali Kak Ogy menafikan spekulasi mengatakan dia mahu menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia, aktres berusia 60 tahun itu meluahkan ketidaksangkaan apabila ramai ingat dia mahu berkahwin, sedangkan dia tidak berkata sedemikian.

“Ramai orang ingat saya hendak bernikah. Saya tak cakap pun nak bernikah,”ujarnya ketika disoal berhubung status dimuat naik di laman Facebook kelmarin.

Mengulas lanjut, Ogy memberitahu risikan tersebut adalah pinangan daripada produksi, DStar Management di mana mereka bakal mengadakan teater muzikal Wajah Rahsia Hati pada Februari tahun hadapan.

“Risikan yang dimaksudkan adalah pelawaan produser, Hafiz Glamour untuk mengadakan teater muzikal ini sebenarnya. Saya tak ada cakap nak nikah pun,”jelasnya.

Bagaimanapun, Ogy hanya mampu ‘mengaminkan’ sahaja doa orang ramai yang berharap agar dia bertemu jodoh.

Terdahulu, Ogy menyatakan rasa tidak sabar menunggu majlis yang akan diadakan pada minggu depan iaitu pada hari ini. Selain itu, dia juga memberitahu pihak berkenaan sudah merisiknya sebelum masuk meminang dan menerima pinangan tersebut.

Ogy berkata demikian ketika ditemui oleh media dalam majlis pelancaran teater muzikal, hari ini. Sekadar info, teater Muzikal Wajah Rahsia Hati bakal berlangsung di Gateway Theater Singapura pada 11 Februari tahun hadapan.

Sumber: Utusan Malaysia ( Alif Fadli Mohd. Sori) via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*