(video) “Kalau kucing sendiri mahu arwah kucing tu hehe” Kucing tiba-tiba hilang kawalan dan mengamuk, pekerja dicakar ketika cuba selamatkan diri

(video) “Kalau kucing sendiri mahu arwah kucing tu hehe” Kucing tiba-tiba hilang kawalan dan mengamuk, pekerja dicakar ketika cuba selamatkan diri

Memelihara kucing sememangnya menjadi pilihan ramai kerana telatahnya yang comel dan menghiburkan.

Malah, kucing juga boleh menjadi peneman kita di kala kebosanan. Namun, kadangkala kita tidak boleh menjangkakan perangai mereka ini kerana kita tidak tahu bagaimana ‘mood’ haiwan itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seekor kucing tiba-tiba mengamuk terhadap seorang pekerja telah mencuri perhatian ramai.

Penuh cakaran semasa cuba selamatkan diri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pekerja ketika itu baru saja mahu membersihkan sangkar kucing tersebut.

Namun, sebaik saja dikeluarkan, kucing itu tiba-tiba hilang kawalan dan menyerangnya sehingga menyebabkan wanita itu terpaksa keluar untuk menyelamatkan diri.

Difahamkan, pekerja itu mengalami penuh cakaran di lengan,paha,kaki dan tangan penuh dan 3 kesan gigitan di lengan. Wanita itu sudah pun ke klinik dan mendapatkan rawatan.

Lihat video

“Kalau kucing sendiri mahu arwah kucing tu hehe” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi takut dan ada juga berkongsi pengalaman sama. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 768.8K views, 42.6K likes dan 1,365 comments di TikTok.

Berikut merupakan antara komen daripada wargamaya:

Image from @abang_kucing (TikTok)

Image from @abang_kucing (TikTok)

Image from @abang_kucing (TikTok)

Image from @abang_kucing (TikTok)

Image from @abang_kucing (TikTok)

Sekali dia mengamuk memang cemas dibuatnya.

Sumber: says.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*