(video) Fasha Sandha Dan Rakan Artis Adakan Solat Hajat Untuk Kesembuhan Nad Zainal

(video) Fasha Sandha Dan Rakan Artis Adakan Solat Hajat Untuk Kesembuhan Nad Zainal

Umum sedia tahu bahawa tahap kesihatan pelakon terkenal, Nad Zainal kini kurang baik dan sedang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Disebabkan itu, rakan artis seperti Fasha Sandha terus berikhtiar agar Nad Zainal segera sembuh dengan memberi sedekah dan menganjurkan solat hajat untuk pelakon terbabit di masjid bersama kenalan yang lain.

Adakan solat hajat dan sedekah

Menerusi Instagram pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin, dia telah berkongsi beberapa gambar sewaktu bersama-sama Fasha Sandha memberi sedekah di masjid serta solat hajat untuk mendoakan Nad Zainal.

Untuk kesembuhan Nad Zainal, Insha Allah

Menerusi kapsyen yang disertakan, Shahrulezad telah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Fasha Sandha kerana mengadakan solat hajat dan doa selamat buat sahabatnya yang sedang diuji.

“Terima kasih Fasha Sandha yang bersungguh-sungguh bersama keluarga Radius One mengadakan solat hajat dan doa selamat untuk rakan kami Nad Zainal. Semoga Allah perkenankan doa kita semua supaya Nanad kembali sembuh seperti biasa. Aminnn Insyallah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Beberapa artis lain yang turut terlibat semasa menjayakan drama Dendam Seorang Isteri juga kelihatan di masjid bagi sama-sama mendoakan supaya Nad Zainal segera sembuh daripada penyakit yang dihidapi.

Selain itu, beberapa rakan artis termasuklah Michael Ang ada membuka tabung kecemasan untuk pelakon tersebut bagi membantu keluarga membiayai kos rawatannya di hospital pakar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Untuk perkembangan terkini, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal itu dimaklumkan sudah semakin positif apabila sesekali membuka mata walaupun masih lemah.

Nad Zainal telah dikhabarkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sehingga berlaku pendarahan di organnya. Dia kini masih berada di ICU dan dalam pantauan pihak doktor.

Sumber: Instagram @budakijat via lakarmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*