“Majlisnya minggu depan, tak sabarnya kita,” Terima Pinangan, Ogy Ahmad Daud Tak Sabar Hitung Majlis Minggu Depan

“Majlisnya minggu depan, tak sabarnya kita,” Terima Pinangan, Ogy Ahmad Daud Tak Sabar Hitung Majlis Minggu Depan

Pelakon senior hebat, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Kak Ogy mengakui kini sedang menghitung detik menantikan hari penuh bahagia dalam hiduoya apabila dikatakan bakal melangsungkan majlis istimewa.

Menerusi hantaran di laman Facebook, aktres berusia 60 tahun itu memberitahu pihak berkenaan sudah merisiknya sebelum masuk meminang dan menerima pinangan tersebut.

“Pada mulanya dirisik. Kemudian dia masuk meminang, pinangan diterima,”tulisnya.

Dalam pada itu, Ogy yang juga anak kepada biduan Dato’ Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah menyatakan rasa tidak sabar menunggu majlis yang akan diadakan pada minggu depan.

“Majlisnya minggu depan, tak sabarnya kita,” luahnya.

Alhamdulillah, tahniah

Hantaran itu menerima banyak ucapan tahniah, selain tumpang bahagia serta mendoakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

Sekadar info, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 sehingga mendapat liputan meluas daripada media pada ketika itu. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pasangan ini memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Sumber: Facebook Fauziah Ahmad Daud via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*