(video) “Nga ada lawan bestis..” Rakaman Makcik2 Bakal Haji Dalam Kapal Tarik Perhatian Ramai

(video) “Nga ada lawan bestis..” Rakaman Makcik2 Bakal Haji Dalam Kapal Tarik Perhatian Ramai

Setiap orang yang beragama lslam pasti mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Dapat berada di sana semestinya sudah cukup membahagiakan serta menenangkan hati. Difahamkan jemaah haji pada musim ini sudah pun berangkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat setelah selesai menunaikan ibadah Rukun Islam kelima itu.

Melaram sakan atas kapal terbang

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ravidhams di TikTok, memaparkan sekumpulan jemaah haji wanita sedang ‘bersiap-siap’ sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat.

Jemaah haji Bugis Makassar tak ada Iawan bestie.

Difahamkan, jemaah haji berkenaan keturunan Bugis dari Makassar, lndonesia. Pemilik video terbabit dipercayai adalah kru kabin yang bertugas untuk menguruskan perjalanan para jemaah itu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kelihatan beberapa jemaah wanita bergaya sakan dengan menggayakan pakaian pelbagai warna, memakai barang kemas serta cermin mata hltam.

Suasana di dalam pesawat kelihatan begitu meriah seperti berada di pertunjukan fesyen. Dalam pada itu, terdapat seorang jemaah wanita yang tersenyum manis meskipun tldak mempunyai gigi yang penuh telah mencuit hati warganet.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 20 saat itu meraih lebih 3.3 juta tontonan dan mendapat lebih 194.4 ribu tanda suka di TikTok.

Sumber : ravidhams ,ob via dbongkar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*