(video) “Ni baru persatuan anak belum persatuan ayah lagi” Gelagat Budak Sekolah Borak Sakan Sebelum Balik Sekolah Curi Perhatian

(video) “Ni baru persatuan anak belum persatuan ayah lagi” Gelagat Budak Sekolah Borak Sakan Sebelum Balik Sekolah Curi Perhatian

Gelagat budak sekolah terutamanya sekolah rendah memang kadangkala melucukan. Banyak kerenah dan perangai mereka yang tidak dijangkakan. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan rasa lucu melihat tingkah laku mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan budak sekolah kecoh berborak sebelum balik telah mencuri tumpuan.

Sakan berborak macam tak puas lagi luangkan masa dengan kawan-kawan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak lelaki sedang berborak di sekeliling kereta. Salah seorang budak yang bernama Harraz dilihat telah masuk dan duduk di dalam kereta ayahnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat tidak berhenti berborak sambil bersalam-salaman sebelum balik.

Lebih melucukan lagi adalah apabila salah seorang rakannya menegur Harraz supaya pergi ke Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA). Perkara itu membuatkan ayahnya tergelak kerana si Harraz pernah ingin ponteng kelas KAFA.

lihat video

“Ni baru persatuan anak belum persatuan ayah lagi” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 123K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Image from @megat_nakashima (TikTok)

Image from @megat_nakashima (TikTok)

Image from @megat_nakashima (TikTok)

Image from @megat_nakashima (TikTok)

sumber: says

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*