“Payah bila rasa ilmu tinggi sangat, semua je tak kena” Baby Shima Bengang Tindakannya Ziarah Pusara Bukan Islam Di pagi Syawal Dikritik

“Payah bila rasa ilmu tinggi sangat, semua je tak kena” Baby Shima Bengang Tindakannya Ziarah Pusara Bukan Islam Di pagi Syawal Dikritik

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu apabila mengambil peluang pada 1 Syawal untuk menziarahi pusara ahli keluarga atau insan tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

Perkara tersebut turut dilakukan oleh penyanyi kontroversi, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima binti Ramli, 30.

Ziarah pusara di perkuburan Kristian pada pagi Syawal

Namun begitu, menerusi perkongsiannya di Instagram, ramai yang mulai berdebat apabila artis wanita itu datang menziarahi tanah perkuburan masyarakat Kristian pada pagi Aidilfitri.

Dalam muat naik tersebut, dia telah meninggalkan kapsyen ringkas dengan memaklumkan datang ke tanah perkuburan berkenaan untuk menziarahi pusara datuknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Setelah 2 tahun baru dapat pulang melawat atuk,” tulisnya.

Posting yang dibuat Baby Shima telah menghadirkan pelbagai komen daripada beberapa netizen yang dilihat cuba mengkritik tindakannya ke tanah perkuburan Kristian pada pagi Syawal.

Tak hanya itu, mereka juga sempat mempersoalkan agama yang dianuti oleh penyanyi berkenaan kerana berasa keliru dengan tindakan tersebut.

“Kubur ni ziarah masa Krismas’

“Awak yang tak nak terima nasihat”

Ziarah pusara atuk nenek

Sedar apa yang dikongsikan telah mengundang perbalahan, Baby Shima telah tampil menjelaskan ha sebenar di ruangan Insta Story memaklumkan yang dia ke Tanah Perkuburan Kristian adalah untuk menziarahi pusara datuknya serta saudara mara yang beragama Kristian.

Payah kalau rasa ilmu dah tinggi sangat

Tambahnya, dia sudahpun bertanya tentang hal tersebut kepada ustaz berkenaan hukum menziarahi pusara orang bukan Islam dan turut menyelar netizen-netizen yang dikatakan berperangai ‘acah-acah’ seperti alim ulama dalam menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Tak semestinya pergi kubur Kristian dia kena Kristian jugak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat kepada penyanyi kontroversi berkenaan telah tampil mempertahankannya dengan mengatakan netizen yang mengkritik tersebut sebagai individu yang tiada common sense.

Bukan itu sahaja, mereka juga seakan faham dan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh Baby Shima kerana mengetahui bahawa dia lebih mengetahui apa yang dilakukan.

Justeru itu, para peminatnya telah mengucapkan selamat hari raya kepadanya dan mendoakan agar urusan Baby Shima dipermudahkan.

Sumber: Instagram babyshimaofficial via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*